Ditanam pedih luka.
katanya tak apa,
aku kuat
rupanya irama mulut sahaja
dalam hati merekah kecewa
katanya aku boleh berlakon
nanti tak ada yang perasan
Bohong !
Dia menipu durjana
dia lemah sejatuhnya
dia tak tegak mana
Dia hilang
dalam langkahnya sendiri
mana mungkin dia kuat
kalau ada yang menembak luka
kosong masih diam
Diam dia untuk kekuatan
mungkin yang pasti
Dia percaya untuknya
kuat
No comments:
Post a Comment